3 Sebab Set Hello New You Bantu Ramai Orang Untuk Kurus

Haa entry sebelum ni mama ada share berkenaan hari raya banyak open house yang perlu anda hadiri dan ada yang sehingga naik berat badan gara gara makan tak terkawal. Oh jem!! Bulan puasa dah elok turun berat badan tapi masuk je Syawal terus angka di penimbang naik. Nak turunkan berat badan bukan mudah kan selepas habis Ramadhan ni.

Bagi orang yang dah cuba macam-macam cara untuk kurus, tetapi tidak berhasil, anda boleh jadikan set Hello New You Shaklee sebagai salah satu ikhtiar pilihan anda. Set ini  sangat lengkap dalam membantu melancarkan proses penurunan berat badan di samping dapat memenuhi segala keperluan nutrisi sepanjang kita mengamalkan diet. Suami mama merupakan salah seorang yang berjaya kurus setelah mengamalkan intermittent fasting dan set Hello New You ni. Baca sini.

Kali ni mama nak kongsikan 3 sebab kenapa anda memerlukan Set Hello New You ni untuk bantu turunkan berat badan.

1. Proses pembakaran lemak lebih berkesan tanpa menjejaskan otot

Berat badan kita terdiri daripada lemak, air dan otot. Dalam proses nak turunkan berat badan, lemak-lemak jahat perlu dibakar dan disingkirkan. Kita juga perlu pastikan proses pembakaran lemak menjadi lebih berkesan, dalam masa yang sama tidak menjejaskan otot. Sekiranya sepanjang proses turunkan berat badan, berlaku penyusutan pada otot, maka proses tersebut berlaku secara tidak sihat.

Dengan adanya Leucine dalam Cinch Shake, membantu meningkatkan proses pembakaran lemak dalam masa yang sama tidak menjejaskan otot. Leucine merupakan sejenis asid amino yang memainkan peranan unik dalam merangsang sintesis protein otot, proses penghasilan protein untuk pembaikan otot dan mencegah kerosakan protein.

Lecithin dan Omega Guard juga turut membantu proses pemecahan lemak-lemak jahat. Badan kita masih perlukan lemak-lemak yang baik untuk berfungsi dengan sihat. Jadi, dengan pengambilan Lecithin dan Omega Guard, lemak-lemak jahat akan disingkirkan dalam masa yang sama badan kita masih mendapat lemak yang baik.

2. Membantu kawal selera makan dan kawal paras gula darah

Peningkatan paras gula darah secara mendadak akan mengakibatkan otak kita mengisytiharkan isyarat kecemasan, dan hormon insulin diaktifkan untuk mengeluarkan gula darah berlebihan. Maka akan berlaku penurunan gula darah secara mendadak. Otak sekali lagi mengisytiharkan isyarat kecemasan,dan menganggap tuan badan sedang mengalami kelaparan.

Hal ni disebabkan oleh pengambilan makanan yang tinggi Indeks Glisemik (GI). GI merupakan indikator yang mengukur seberapa banyak makanan tertentu meningkatkan kadar gula darah. Dengan pengambilan pengganti hidangan (meal replacement) yang rendah GI, akan mengstabilkan paras gula dalam darah. Cinch Shake merupakan pengganti hidangan yang rendah GI.

Apabila paras gula darah berada dalam keadaan terkawal, otak kita tidak lagi menganggap badan kita kelaparan secara mengejut. Selera makan kita lebih terkawal, tak ada lagi rasa nak mengunyah dan nak makan secara tiba-tiba tanpa mengira masa.

3. Melengkapkan keperluan nutrisi dan penyerapan nutrisi lebih optimum

Kita sedia maklum, antara cabaran bila kita kawal pemakanan ialah nak pastikan yang kita sentiasa dapat bekalan nutrisi yang lengkap untuk keperluan badan. Sebab tu lah, antara cadangan untuk memastikan keadaan ni terkawal ialah dengan mengamalkan diet Suku-Suku-Separuh (DSSS).

Dengan Set Hello New You, kita ada Cinch Shake yang mengandungi 21 jenis vitamin dan mineral seperti Vitamin B, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin D, kalsium, magnesium, zinc dan protein. Tapi, keadaan usus kita mempengaruhi keberkesanan penyerapan nutrisi tau. Kalau kita dapat 21 jenis vitamin dan mineral sekali pun, tapi usus kita bertoksin, semua ni tak diserap dengan baik.

Sebab tu dalam set Hello New You ni ada Herb-Lax, suplemen khas yang mengandungi daun senna, membantu untuk menyingkirkan toksin pada usus, membersihkan usus serta meningkatkan keberkesanan penyerapan nutrisi.

Set Hello New You memang best dan berpatutan!

Best sangat set Hello New You! Set ni mula dilancarkan oleh Shaklee pada bulan Jun 2022. Tapi sangat menyedihkan apabila pada bulan April 2023, promosi set ni telah diberhentikan oleh Shaklee. Tapi untuk bulan Mei 2023, promosi set Hello New You kembali semula ke pasaran! Dengan harga yang masih sama dan sangat menjimatkan, anda sepatutnya dapatkan set ni selagi promosi masih ada.

Harga setiap satu produk dalam set Hello New You,

✅ Cinch Shake (Café Latte)

Harga biasa : RM190.00

✅ Omega Guard

Harga biasa : RM142.50

✅ Lecithin

Harga biasa : RM66.25

✅ Herb-Lax

Harga biasa : RM63.75

Jumlah harga tanpa promosi : RM462.50

Tapi dengan promosi Set Hello New You, harga set ni hanya RM353.00 sahaja. Siap dengan produk percuma, Cinch Shake (Vanilla). Kalau anda belum berdaftar sebagai ahli Shaklee, anda boleh berdaftar secara PERCUMA dengan set ni. Caj penghantaran juga PERCUMA ke seluruh Malaysia. Dapatkan sekarang!

Post a Comment

0 Comments