TIPS KURUS DENGAN CEPAT

Kenapa orang nak sangat kurus? Dan ada juga yang nak kurus dengan cepat. Nak cantik? Nak bergaya? Nak nampak muda?



Apa sahaja kebaikan bersifat luaran yang kita dapat lepas dah jadi kurus, dah berjaya turunkan berat badan ialah bonus. Tapi ada 1 sebab yang paling penting, kenapa kita nak sangat kurus.

Sebabnya ialah kita nak dapatkan berat badan yang sihat. Berat badan ni sangat berkait rapat dengan kesihatan tau. Kebiasaannya, orang yang berlebihan berat badan (obesiti) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit seperti diabetes, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.

Dan kalau hangpa nak tau, negara Malaysia yang kita cintai ni, menduduki tempat pertama carta peratusan rakyat obesiti di Asean. 15.6% penduduk di Malaysia mengalami masalah obesiti. Tinggi tu! Boleh jadi kita merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada peratusan tersebut.



Sampai bila kita nak biarkan negara kita jadi juara gemuk? Sampai bila kita nak biarkan lebih ramai rakyat Malaysia, termasuklah diri kita sendiri berhadapan dengan risiko tinggi mendapat penyakit berbahaya?

Apa yang mama tulis kali ini, tidak sesuai dibaca oleh semua orang. Jadi sebelum hangpa baca tulisan ni sampai habis, mama nak korang semua buat kira-kira sikit. Kita nak kira Body Mass Index (BMI). BMI ni akan tentukan sama ada kita ni tergolong sebagai obesiti atau tidak, dikira berdasarkan tinggi dan berat badan kita.



Formula kira BMI :

BMI = Berat badan (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

Lepas dah kira BMI, hangpa semak jawapan yang hangpa dapat dengan klasifikasi kat bawah ni :

Kurang 18.5 = Kurang berat badan

18.5 – 24.9 = Mempunyai berat badan ideal

25 – 30 = Berlebihan berat badan

30 atau lebih = Obesiti

Carta Bacaan BMI


Kalau jawapan yang korang dapat, termasuk dalam kategori berlebihan barat badan dan obesiti, korang wajib baca tulisan ni sampai habis.

Apa yang mama nak kongsikan kali ini ialah bagaimana kurus dengan cepat berdasarkan pengalaman suami mama yang dah berjaya turunkan berat badan daripada 80 kg menjadi 62 kg. 18 kg berjaya di turunkan dalam tempoh 9 bulan (Jun 2022 – April 2023).

Sebelum dan selepas IF dengan Shaklee


Disclaimer : Tips ini berkesan pada orang yang ikut dengan bersungguh-sungguh. Hasil yang diperolehi dan tempoh masa yang diambil tidak sama dan berbeza bagi setiap individu. Sekiranya ada kesan-kesan seperti sakit kepala, sakit perut, sila dapatkan nasihat doktor.


 Letakkan target

Target Penting Untuk Kekalkan Matlamat


Semua orang nak dapat result diet dengan pantas. Lagi laju kita kurus, lagi pantas kita nampak cantik, nampak muda dan boleh menggayakan apa saja fesyen terkini tambah tambah nak raya ni kan. Mestilah nak kurus sebelum raya kan. Oppps! Tolong tanamkan dalam fikiran masing-masing, target utama kita ialah kita nak tingkatkan kesihatan kita.

Cepat atau lambat, benda ni berbeza setiap orang. Berat badan kita terdiri daripada berat air, berat lemak dan berat otot. Dalam proses nak turunkan berat badan, nak dapatkan berat badan yang sihat, kita target nak singkirkan lemak-lemak yang jahat, dalam masa yang sama kita tak nak otot kita menyusut. Air pun kita kena jaga.

Biasanya orang yang turun berat badan dengan sangat cepat sebab badan dia berat dengan air. Kalau badan kita banyak lemak, lemak tu pula lemak yang tersembunyi (visceral fat) memang akan ambil masa dan perlukan kesabaran serta komitmen. Dan sebenarnya, apa yang paling ditakuti kalau berat badan kita turun mendadak dalam tempoh yang sangat cepat ialah penyusutan berat otot. Yang ni bahaya.

Korang boleh target untuk turunkan berat badan 2 kg hingga 5 kg dalam tempoh sebulan. Kalau berat badan sekarang 80 kg, dan korang nak turunkan 10 kg untuk capai berat badan yang ideal berdasarkan kiraan BMI, korang boleh letakkan target utama korang, TURUNKAN 10 KG DALAM TEMPOH 2 BULAN.

Lepas dah ada target, baru mudah kita nak monitor hasil yang kita dapat. Kalau tiba-tiba tak ada progress, berat tak turun langsung, kita kena tengok balik aktiviti kita, pemakanan kita dan kena rujuk pakar.


Pilih cara diet yang sesuai

Ok, bila kita dah ada target, kita boleh mula pilih cara diet apa yang sesuai untuk diri kita. Ada banyak cara diet yang boleh kita amalkan, sama ada nak buat Intermittent Fasting (IF), One Meal a Day (OMAD), Ketones Diet atau Diet Suku-Suku-Separuh (DSSS). Yang penting, jangan terlalu ektrim hingga membahayakan kesihatan fizikal dan mental.

Suami mama pilih untuk amalkan IF. Alhamdulillah cara diet tu sesuai untuk dia dan mendatangkan kesan yang positif. Nak pilih cara diet ni, korang kena cuba dulu. Kalau boleh kena ada ilmu dan kena dapatkan bimbingan. Baru lah kita diet tu dalam keadaan kita faham apa yang kita nak capai. Kalau ada rasa-rasa tak sedap badan, tanya pada yang pakar.

Bagi mama, asas kepada diet ni, kita kena faham tentang Defisit Kalori. Apa yang kita makan, akan menyumbang kepada kalori dalam badan kita. Kalori ni digunakan sebagai tenaga. Tapi kalau kita tak gunakan kalori sebagai tenaga, ianya akan disimpan dalam badan sebagai lemak.

Bagi setiap orang, kita ada keperluan pengambilan kalori harian yang berbeza. Contohnya, kita perlukan 2000 kalori untuk aktiviti harian kita. Untuk dapatkan hasil defisit kalori, kita kena makan kurang daripada 2000 kalori. Sekiranya kita makan 1500 kalori sahaja, baki lagi 500 kalori akan diperolehi daripada proses pembakaran lemak.

Jadi, kalau kita pilih IF sebagai cara diet, pastikan plan pemakanan kita menyasarkan defisit kalori.


Perlu ada circle, sebab nak kurus ni kena ada sokongan motivasi

Masa suami mama mula-mula buat IF, dia tak buat sorang-sorang. Dia kumpulkan beberapa orang yang sama-sama nak turunkan berat badan, yang nak kurus dengan cara IF. Dalam kumpulan tu, kita plan untuk buat perkongsian ilmu, perkongsian aktivti. Ada juga yang share menu masakan. Bila sampai waktu makan, masing-masing akan kongsikan gambar makanan.

Antara gambar makanan yang dikongsi


Gambar makanan ni penting, sebab daripada situ, kita akan pastikan setiap peserta yang join kumpulan diet kita ikut panduan yang kita dah tetapkan. Dan sebenarnya, secara tak langsung benda ni bagi semangat dan motivasi pada setiap orang untuk turunkan berat badan.

Lepas tu kita akan pantau progress penurunan berat badan setiap peserta. Masing-masing akan kongsikan gambar penimbang. Bila kita tengok kawan-kawan kita mula dapat result, kita akan jadi lebih bersemangat. Kalau ada yang stuck, daripada situ coach akan support dengan ilmu, supaya kita faham kenapa ada yang stuck dan tak hilang motivasi untuk terus kurus.

Group sokongan untuk kurus



Suplemen bantu proses pembakaran lemak

Sebenarnya kan, suplemen ni sangat penting untuk bantu kurus dengan cepat dan sihat. Suami mama pernah cuba diet tanpa suplemen. Hasilnya, lambat sangat nak turun berat badan. Bila dah turun tu, kalau silap makan boleh naik balik berat badan (yoyo effect).

Lepas tau yang Shaklee ada Set Kurus, suami mama amalkan 1 set untuk bantu proses turunkan berat badan. Kiranya, suami mama buat IF dalam masa yang sama ambil suplemen. Suplemen yang ada pula, bukan setakat berfungsi untuk bantu pembakaran lemak, tapi membantu juga untuk beri rasa kenyang yang lama, kawal paras gula dalam darah, dan tak menjejaskan pembinaan otot.

Antara supplemen yang diambilnya untuk kurus dengan cepat adalah:

Cinch Shake daripada Shaklee, suami mama ambil sebagai pengganti hidangan untuk sarapan dan makan malam. Jadinya, hanya ambil nasi untuk makan tengahari sahaja. Kalau ambil nasi, wajib DSSS. Cinch Shaklee ini boleh kenyang lama dan membina otot otot di dalam badan supaya tubuh lebih ‘fit’. Haa, kadang suami mama kaan tukar juga protein ni, ada hari ambil Cinch Shake ada hari ambil ESP. ESP juga merupakan protein yang boleh bagi kenyang lama dan bekalkan tenaga.

Protein Shake yang merupakan item penting kurus


Selain itu, Omega Guard dan Lecithin yang membantu membakar lemak serta menguraikan lemak supaya mudah dikeluarkan dari badan. Jadi segala jenis lemak jahat akan di’flush’ keluar dan perut takkan buncit, paha tak bergesel dan lengan tak seperti sarung nangka!

Pelengkap untuk turunkan berat badan dengan membakar lemak jahat


Oh ya, dia juga ambil Herblax untuk bantu proses detoks semua jenis lemak jahat tadi, bahkan juga Herblax membantu membuang semua jenis karat karat di dinding usus. Usus lebih sihat dan perut akan kempis.

Detoks bantu ringankan badan dan lebih fit

Untuk memastikan metabolisma sentiasa tinggi, suami mama tak tinggalkan Cinch Tea. Cinch Tea membantu merangsang kenaikan metabolism dan memastikan berat badan susah untuk naik.

Campuran 3 jenis green tea 

Set kurus yang lengkap untuk cantik


Akhir sekali, selain dari semua tips di atas, jangan lupa untuk amalkan senaman. Senaman bukan sahaja boleh membantu korang turunkan berat badan tetapi meningkatkan metabolism! Suami mama selalunya akan berjogging, cycling ataupun paling kurang dia akan pastikan cukup 10 000 langkah setiap hari.

Nak kurus dengan cepat bukan satu perkara yang mustahil. Tapi biarlah kita kurus dengan cepat dan sihat. Kalau berat badan tiba-tiba turun dengan mendadak kita bimbang ada kesan sampingan dan komplikasi terhadap kesihatan kita.

Pastikan ada progress. Wajib ada penimbang kat rumah. Kalau rajin, timbanglah berat badan tu hari-hari. Tapi kalau dapat timbang seminggu sekali pun dah kira ok.

Sekiranya korang ada niat dan cita cita nak turunkan berat badan dengan cepat boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi memandangkan mama memang menyediakan group sokongan yang memantau proses diet yang sihat bersama Shaklee. Hubungi 013 2515769 untuk daftar program kurus.

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

2 Comments

  1. Memang best set kurus Shaklee

    ReplyDelete
  2. Yang paling akak dapat dari set kurus shaklee inch loss dan berat statik. Lengan dapat la kecik berbanding dulu

    ReplyDelete