4 Vitamin untuk wanita - kekal sihat dan bertenaga

Hai semua! Kembali dalam blog Mama Fatin, minggu ini mama nak kongsi dengan semua berkenaan vitamin untuk wanita, since dalam entry yang lepas kita dah share Vitamin E dan Coq Trol Plus jadi kali ini terasa terpanggil untuk kongsi berkenaan vitamin khas untuk wanita. Kalau anda seorang wanita, please baca entry ni sehingga habis tau. 


Sekiranya anda seorang wanita yang ambil berat berkenaan kesihatan anda, inilah tempat terbaik untuk anda dapatkan tips. Kita kaum hawa ni selalu sibuk kan jaga keharmonian rumah tangga, dan menggalas pelbagai jenis tanggungjawab. Kadang kadang jadi ibu, kejap tu tukar profesion kena jadi wanita bekerjaya, kemudian jadi tukang masak dan juga cleaner. Bila list balik semua tugasan harian, ohh banyak sekali ya pekerjaan seorang wanita. Hebat kan! Tahniah buat semua wanita diluar sana especially yang baca blog Mama Fatin. 

So, korang sebagai wanita jangan lupa untuk jaga diri sendiri. Self Love sangat penting tau untuk kita kaum hawa sebab bila kita sihat, kita bertenaga inshaallah mood kita sangat happy. Bila kita happy, anak anak pun akan happy dan rumah tangga selalu tenang dan gembira. Ibu inikan madrasah di rumah yang membina keluarga sakinah, jadi kita semua kena make sure, kita jaga diri baik baik. First, mama nak tanya, korang ada ambil vitamin? Kalau ada, alhamdulillah. Tapi! Kalau tak ada, please mula bertindak untuk ambil sekurang kurangnya 4 vitamin di bawah, and thanks me later ok.

4 Vitamin Untuk Wanita Kekal Sihat & Bertenaga

1. Ostenutrix

Ostenutrix Shaklee ni merupakan supplement kalsium. Wanita dan kalsium berpisah tiada, sebabnya seorang wanita kalau tak cukup kalsium ermm alamatnya nanti cepatlah sakit sendi sendi. Sebab bila kita hamil dan ada anak, kita akan menyusukan anak kan? Kalsium kita akan berkurangan kerana disalurkan kepada anak. Kalau tak cukup kalsium itu yang gigi mudah rapuh, sakit belakang waktu menyusukan anak, rambut gugur, kuku rapuh dan lenguh lenguh badan.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan kalsium dalam badan berkurangan. Ambil banyak makanan yang masin, kafein,  soda dan daging merah berlebihan akan menurunkan kadar kalsium dan mineral dalam ketumpatan tulang. Bahkan kajian mendapati 1 daripada 3 wanita mengalami masalah tulang osteoporosis. 

Cadangannya, kita boleh ambil 3 biji Ostenutrix setiap hari untuk membekalkan keperluan tulang yang mencukupi. Ostenutrix lengkap dengan nutrient seperti Kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zinc, Tembaga, Mangan dan Boron yang mana ia mampu untuk memberikan manfaat seperti berikut : 

1. Kurangkan sakit segugut apabila datang haid

2. Membantu kurangkan sakit migrain dan gastrik

3. Membantu anda dapatkan tidur yang lena

4. Memabantu mengatasi masalah lenguh badan, sengal badan, kekejangan otot dan sakit belakang.

5. Mengandungi 20% lebih Vitamun D untuk penyerapan yang lebih baik

6. Ia merupakan sumber kalsium dan bantu kuatkan tulang


2. Omega Guard

Vitamin kedua untuk wanita yang mama sarankan adalah Omega Guard. Omega Guard bukan sekadar untuk bakar lemak untuk menurunkan berat badan semata mata tetapi manfaatnya lebih daripada itu. Selain mampu untuk menurunkan paras bacaan kolestrol di dalam badan, ia juga boleh membantu menyokong perkembangan otak bayi semasa bayi masih lagi dalam kandungan. Senang cerita, nak anak aktif dan bijak anda sangat digalakkan ambil Omega Guard apabila disahkan mengandung!

Selain dikenali sebagai vitamin yang menjaga kesihatan jantung, minyak ikan omega 3 ini juga sangat baik untuk menjaga kesihatan mata. Fakta penting korang kena tahu , mata manusia memerlukan DHA yang cukup untuk membuat proses pengecaman visual. Sekiranya kadar DHA berkurangan itu yang menyebabkan mata kita kabur dan akhirnya rabun! Jadi dengan pengambilan Omega 3 ini, ia boleh mengekalkan tahap optimum DHA yang diperlukan untuk penglihatan mata yang sihat. Ia juga penyaliran cecair intrakolar yang betul dari mata, yang mana ia akan mengurangkan risiko tekanan mata.

Dengan Omega 3 yang cukup juga, ia bantu anda dapatkan kulit yang lebih cantik. Sekiranya korang selalu naik jerawat di muka, cuba konsisten amalkan Omega Guard ini dan rasai perubahan!

Kita wanita ni kan banyak tugas dan tanggungjawab, jadi untuk pastikan diri kita sentiasa fokus dan produktif, jangan lupa amalkan 3 biji Omega Guard ini selepas makan kerana ia sangat bagus untuk membantu anda lebih fokus. Omega 3 ini boleh mengurangkan keradangan di otak dan meningkatkan penghantaran mesej dari satu sel otak ke sel yang lain. Ia juga boleh mengawal paras kortisol iaitu hormon stress dengan membantu meningkatkan  mood untuk kaum hawa berasa lebih baik.



3. Vita - Lize

Vita-Lize merupakan multivitamin yang lengkap dengan semua keperluan nutrient yang diperlukan di dalam badan. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 1915 Dr.Forrest C Shaklee telah mencipta multivitamin antara yang pertama di Amerika Syarikat. Hasil inovasi lebih 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi Vita-Lize.

Sekiranya anda adalah seorang wanita yang sangat sibuk, sangat aktif, tidak sempat untuk mengambil makanan yang seimbang serta mudah tertekan, ya anda perlu dapatkan Vita-Lize ini. Bahkan sekiranya anda sedang hamil atau menyusukan bayi, anda juga perlukan Vita-Lize. Selepas bersalin pun perlukan Vita-Lize supaya badan anda cergas, tidak pucat dan luka cepat sembuh.

Vita-Lize mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral penting, ia juga membekalkan 600mg asid folik dan Vitamin B. Antara kandungan vitaminnya ialah Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Zat Besi, Tiamin, Biotin, dan Magnesium.

Antara manfaat Vita-Lize adalah untuk :

1. Meningkatkan imun

2. Membekalkan tenaga

3. Membantu penghasilan sel darah merah

4. Memelihara sistem saraf dan fungsi otot

5. Membekalkan nutrisi lengkap untuk kesihatan optimum

6. Memberikan kulit dan rambut yang sihat

7. Menyokong pembentukan tulang dan gigi

8. Meningkatkan daya fokus dan ingatan

9. Membantu mengurangkan risiko jangkitan kuman dan virus

10. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka

4. GLA Complex

Ini antara vitamin khas yang jarang jarang orang ambil tahu tapi sangat bagus dan ibarat 'hidden gems' di dalam Shaklee. Selalunya GLA Complex ini terkenal dalam kalangan mereka yang nak ikhtiar hamil kerana ia sangat bagus untuk perbetulkan masalah hormon seperti haid yang tidak stabil dan lancar. Tetapi sebenarnya vitamin GLA Complex ini mengandungi Borage Oil dan Sunflower Oil yang sangat baik untuk anti aging dengan mengurangkan masalah kedutan pada kulit terutama bahagian wajah. 

Selain daripada makan GLA Complex, anda juga boleh pecahkan dan sapu pada wajah kemudian boleh lakukan urutan Face Yoga. Ia boleh membentuk wajah anda lebih tirus, menghilangkan double chin, mengelakkan kulit kendur dan kelihatan tua dari usia! Wow sangat kan manfaat Borage Oil dan Sunflower Oil ini. 

GLA Complex jiuga mengandungi Vitamin E yang boleh kurangkan parut parut jerawat dan bintik hitam pada wajah. Selain itu, GLA Complex boleh memperbaiki simptom PMS seperti mood swing, segugut, retensi air dan sakit pada payudara.

GLA Complex boleh mengatasi simptom menapous seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Ia juga boleh mengurangkan  inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan. kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan membantu memelihara dalam penjagaan kesihatan dalaman wanita. 


Jadi ini adalah sedikit sebanyak informasi penting untuk kaum hawa yang nak jaga kesihatan supaya lebih baik dan bertenaga. InshaAllah dengan ikhtiar ini semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang lebih baik dan kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wanita bekerja, isteri, ibu dan anak dengan ceria dan gembira setiap hari.

Untuk anda yang nak cuba mana mana vitamin boleh hubungi saya di 013 2515769, Mama Fatin akan bantu memberikan konsultasi terbaik supaya vitamin untuk wanita yang anda ambil ini boleh memberi kesan optimum ! 

Post a Comment

0 Comments