Kebaikan dan kelebihan Vitamin E Complex Shaklee

Pernah dengar Vitamin E? Vitamin E ni selalunya orang akan cari sekiranya nak cantikkan kulit, betul tak? Tapi adakah Vitamin E hanya untuk cantikkan kulit? So dalam entry kali ini, saya nak share berkenaan kebaikan dan kelebihan Vitamin E Complex dari Shaklee. 


Apakah Vitamin E?

Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak yang mempunyai antioksidan tinggi untuk melawan radikal bebas di dalam badan. Ia adalah vitamin yang penting dan diperlukan oleh tubuh badan untuk organ organ tubuh badan kita berfungsi dengan baik. Fakta penting, vitamin E juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan. Yang menariknya, vitamin E Complex Shaklee mempunyai Selenium. Selenium adalah sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat dan bekerjasama untuk menyokong fungsi vitamin E.

Kenapa kita perlukan Vitamin E?

1. Menyokong kesihatan penglihatan
Kalau korang nak tahu, vitamin E dapat mengurangkan risiko pembentukan katarak. Vitamin E boleh mengurangkan 20% risiko AMD iaitu kemerosotan mata disebabkan penuaan. Kepekatan yang tinggi di dalam membran sel dan mengurangkan kerosakan sel akibat cahaya UV.

2. Menyokong kesihatan jantung
Vitamin E dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung dengan menghalang oksidasi kolestrol LDL untuk mengurangkan risiko pembentukan plak pada salur darah yang akhirnya boleh merisikokan jantung tersumbat. Apabila peredaran darah lancar maka ia akan menyokong kesihatan jantung untuk mengepam dengan lebih baik lagi.

3. Menambah baik pergerakan sperma
Vitamin E dapat membantu melindungi membran sel daripada rosak. Vitamin E akan bekerjasama dengan Selenium bagi melindungi ciri-ciri sperma dan meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita. Korang kena tahu sperma adalah sel yang paling kecil di dalam badan, jadi ia memang memerlukan perlindungi membran yang sangat baik.

4. Mengekalkan kulit berseri
Vitamin E melawan radikal bebas pada kulit dengan membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi daripada kerosakan. Vitamin E juga berfungsi sebagai antiradang semulajadi untuk meredakan keradangan pada kulit seperti luka atau jerawat batu.

5. Fungsi otak yang lebih baik
Kajian mendapati bahawa Vitamin E bukan sahaja menambah baik fungsi kognitif tetapi dalam membantu mengurangkan risiko penyakit lupa atau Alzheimer kerana vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron, Menarik kan?



Kenapa perlu pilih Vitamin E Complex dari Shaklee?

1. Vitamin E Complex Shaklee berasaskan sumber semulajadi bukan sintetik iaitu minyak kacang soya berbentuk d-alpha tokoferol  dan d-alpha tokoferol yang menyebabkan ia lebih mudah diserap.

2. Mempunyai 65mg Selenium bagi meningkatkan keberkesanan, kerana itu ia dinamakan Vitamin E Complex

3. Ditambah dengan 39.4mg Grape Seed Extract yang mengandungi proantioksinidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.



Antara kesan baik Vitamin E untuk kulit :




Jadi sekiranya anda berminat nak dapatkan Vitamin E Complex Shaklee ini boleh hubungi saya di nombor berikut 013 2515769 !

Post a Comment

0 Comments