3 doa untuk wanita akhir zaman amalkan

Entry kali ini sangat special untuk kaum hawa sebab Mama Fatin nak kongsikan doa doa yang boleh diamalkan. Semua orang sedar kita berada di fasa yang sangat merisaukan iaitu kita berada di akhir zaman. Kita yang hidup hari ini adalah umat terakhir bagi nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad saw. Baginda juga adalah penutup kepada semua nabi dan rasul.



Bila sebut akhir zaman ini sangat merisaukan kerana banyak kekeliruan dan fitnah yang terjadi. Mahu tidak mahu kita sendiri kena beringat dan membuat persediaan. Bila bila sahaja fasa akhir zaman akan terjadi, sekiranya tidak terjadi pada ketika kita masih hidup sekurang kurangnya kita sedang membuat persiapan yang baik untuk jiwa dan diri sendiri kan?

Jadi sebagai seorang wanita, mahu tidak mahu kita kena siapkan diri juga dan banyakkan beramal. Dalam entry kali ini, Mama Fatin nak kongsikan 3 doa untuk wanita yang boleh diamalkan oleh kita semua.

Doa Mohon Kebenaran

Macam yang kita tahu di akhir zaman banyak kekeliruan dan kita akan sukar mengenali yang mana benar dan salah, yang mana haq dan bathil. Yang benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar. MashaAllah, keadaan itu sangat merisaukan kerana ujian fitnah itu sangat halus. Doa ini dari diriwayatkan dari Imam Ahmad, dan kita boleh amalkan bila bila masa sahaja terutama selepas solat dan boleh digunakan untuk apa apa keadaan mungkin dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan budaya.

Doa Mohon Petunjuk Kebenaran

Doa Memohon Akhlak Yang Baik

Ini juga antara doa yang sangat baik untuk kita amalkan. Dalam kita nak perbaiki diri dan tambah baik nilai diri jangan kita lupa tentang adab dan akhlak. Ibnu Khaldun dalam Kitab Al Mukaddimah ada menulis;

" Ketamadunan yang dibauri dengan kemerosotan akhlak, ketamadunan umatnya adalah ketamadunan yang pincang" 

Oleh itu, dalam kita nak membentuk satu suasana masyarakat yang baik, keluarga yang harmoni sebenarnya bermula dari diri masing masing. Tak perlu lihat orang lain tetapi melihat diri baik dengan koreksi diri serta muhasabah diri sendiri. Perbaiki akhlak adalah satu perkara yang mencabar kerana kita akan diuji dengan pelbagai keadaan yang mungkin mencabar sikap dan adab kita.

Jadi mari kita sama sama minta Allah tunjukkan akhlak yang baik untuk kita jadikan sebagai tabiat. Akhlak seorang wanita yang baik bakal dicontohi oleh anak anak dirumah bukan?

Doa Memohon Akhlak Yang Baik


Doa Rajin Solat dan Zuriat Rajin Solat

Sesuai dengan rentetan doa di atas, sekiranya kita nak membentuk keluarga yang inshaAllah mendapat mawaddah, rahmah dan sakinah daripada Allah, maka kita kena dirikan tiang yang teguh dalam keluarga kita. Solat merupakan tiang agama, sekiranya tiang agama ini roboh maka kita tak tahu bagaimana keadaan kita nak berdepan dengan akhir zaman yang sangat mencabar ini. 

Selain mendidik anak untuk menjaga amalan fardhu yang wajib ini, percayalah doa seorang ibu itu sangat mustajab. Daripada Abu Hurairah RA, dikatakan bahawa Rasulullah saw berrsabda ;

"Tiga doa mustajab yang tidak syak lagi padanya; Doa orang yang dizalimi, doa seorang yang bermusafir,  dan doa ibu bapa kepada anaknya"

Oleh itu, sebagai seorang ibu, gunalah peluang yang Allah berikan ini sebaik mungkin. Doa sungguh sungguh untuk diri sendiri danz keturunan kita agar mereka rajin mendirikan solat. 

Doa Diri & Zuriat Rajin Solat

Ikutkan 3 doa yang Mama Fatin janjikan dah cukup kan? Tapi rasa nak bagi satu bonus kerana keadaan sekarang membuatkan banyak perkara diluar jangka terjadi sehingga mencetuskan anxiety, depression dan rasa tidak nyaman. Mungkin kita sebagai wanita mudah rasa letih kerana banyak tanggungjawab. Akibat itu emosi kita terganggu dan penat mental serta fizikal kan?

Jangan rasa down dan useless sekiranya anda berhadapan dengan situasi tersebut. Letih dan penat itu menunjukkan kita adalah manusia yang normal kerana Sayyidah Fatimah, puteri tercinta Baginda saw serta wanita terulung di syurga Allah juga mengalami kepenatan. Lalu apabila Sayyidah Fatimah mengadu kepada ayahnya dan meminta pembantu pada ayahnya lalu Baginda menghadiahkan amalan zikir ini kepada puterinya sebagai penawar untuk menghilangkan rasa penat yang dialami. 

Baginda saw berkata :
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah 33x). bertahmid (Alhamdulillah 33x) dan bertakbirlah (Allahuakhbar 33x). Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"

Ini adalah Zikir Fatimah, yang boleh kita amalkan sebelum kita tidur setiap hari. Inilah tasbih, tasmid dan tahmid yang sebenarnya hadiah terindah buat kita semua golongan wanita. Tanda cintanya Rasulullah kepada kita semua. Mari kita sama sama amalkan!

Zikir Fatimah

Subhanallah sebenarnya banyak doa doa untuk wanita akhir zaman yang kita boleh amalkan. Yang penting kita istiqamah untuk buat amalan sehingga menjadi isi. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua kan? Semoga Allah lindungi kita serta keturunan daripada fitnah akhir zaman yang dasyat ini. Dan jangan lupa sebarkan entry ini sekiranya bermanfaat. Kerana sesungguhnya Rasulullah saw berkata "Sebarkan ajaran daripadaku walaupun satu ayat".



Post a Comment

0 Comments