3 Amalan Gaya Hidup Sihat Wajib Mula Sekarang


Kesihatan adalah satu nikmat daripada Tuhan. Kesihatan bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Kesihatan yang ada pada diri kita hari ini, kita hanya akan sedar betapa bernilai dan berharganya ia apabila nikmat kesihatan mula ditarik daripada diri kita.

Nak kekalkan kesihatan yang ada, nak dapatkan semula kesihatan badan, adalah dengan cara mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amalan gaya hidup sihat ni merangkumi seluruh aspek kehidupan kita, bermula daripada kita bangun tidur, sehingga lah kita tidur semula.

Ada banyak amalan gaya hidup sihat yang boleh kita amalkan. Tapi untuk anda yang baru nak bermula, mama cadangkan 3 amalan gaya hidup sihat yang mudah ni.

1. Akal yang cerdas, bermula dengan badan yang cergas

Banyak kajian yang telah membuktikan, bersenam dan beriadah bukan setakat menyihatkan jasmani semata-semata. Dengan bersenam, akal dan emosi kita juga turut mendapat kesan yang positif. Sebab itu lah, antara amalan gaya hidup sihat yang wajib kita terapkan ialah bersenam dan beriadah.

Tapi bila kita sebut bersenam, beriadah, ramai yang bayangkan, nak kena pergi gym, nak kena pergi taman rekreasi. Tak semestinya. Sebenarnya, kita boleh bersenam dan beriadah walaupun di rumah sendiri.

Kita boleh buat aktiviti bersenam seperti regangan badan, lari setempat, lompat tali. Peruntukkan dalam sehari, minimum 30 minit. Cuba untuk konsisten bersenam dalam 3 atau 4 hari seminggu.


2. You are, what you eat

Nak badan yang sihat, kena amalkan gaya pemakanan yang sihat. Gaya pemakanan yang sihat menjadi antara faktor terbesar yang mempengaruhi tahap kesihatan. Hal ini kerana, badan kita mendapatkan segala nutrisi, mineral daripada makanan.

Gaya pemakanan yang sihat bukan sekadar makanan apa yang kita makan. Ianya termasuklah portion dan waktu kita makan. Antara cadangan terbaik untuk kita amalkan gaya pemakanan yang sihat ialah dengan mengamalkan Diet Suku Suku Separuh (DSSS).

Bonus untuk yang amalkan gaya pemakanan yang sihat, nak kawal dan turunkan berat badan pun jadi mudah.



3. Suplemen pelengkap gaya hidup sihat

Tak lengkap bicara soal amalan gaya hidup sihat, kalau badan kita tak pernah dapat nutrisi yang cukup. Walaupun kita dah amalkan gaya pemakanan yang sihat, dah bersenam 3 ke 4 kali seminggu, kita sukar untuk elak diri kita daripada terdedah dengan radikal bebas.

Dengan pengambilan suplemen yang mengandungi bahan bersifat antioksida, dapat melindungi diri daripada serangan radikal bebas. Untuk makluman anda, antara punca berlakunya penyakit berbahaya seperti kanser, serangan jantung ialah radikal bebas yang ada di sekeliling kita.


Konsisten kunci kejayaan amalan gaya hidup sihat

Amalan gaya hidup sihat akan beri kesan kepada kesihatan kita bila kita dapat lakukan dengan konsisten. Untuk konsisten, perlukan kita buat dengan bersungguh-sungguh, libatkan diri dengan circle yang akan sentiasa support kita.

Untuk lebih info tentang amalan gaya hidup sihat, boleh klik di SINI.

Post a Comment

0 Comments