Ingatkan makanan je
ada harga rahmah tapi vitamin kulit pun ada harga rahmah? Haah, Shaklee
sekarang sedang buat pakej rahmah khas untuk kulit tau! Kenapa khas untuk
kulit?
Cuba bayangkan, masa
Hari Raya nanti, bila kita kumpul ramai-ramai dengan saudara mara. Tiba-tiba
ada yang datang tegur kita dengan kata-kata macam ni,
“Wajah awak nampak
berseri lah”
“Cantiknya awak. Awak makan apa ye?”
“Betul ke awak umur 40 tahun? Muka macam 20 an jer”
Mama berani jamin, ini
lah kata-kata pujian dambaan wanita seantero dunia. Hari yang suram terus
kembali ceria dan bersinar. Semangat yang hilang kembali membara lepas dapat
kata-kata macam ni.
Nak cantik, nak
berseri, nak kelihatan muda. Inilah impian dan keinginan ramai wanita. Tapi
sedarkah kita, kulit wajah ni merupakan organ sama macam organ-organ kita yang
lain, jantung, paru-paru. Bahkan, kulit merupakan organ terbesar pada tubuh
badan kita kerana ia membaluti badan.
Bila namanya organ,
sudah semestinya terbina daripada sel-sel dan tisu. Sebagaimana organ lain
perlukan vitamin dan nutrisi untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik, macam
tu jugak lah kulit wajah kita.
Korang pernah dengar
nak cantik luar bermula dari dalam? Ye, untuk dapatkan kulit yang menawan dan
jelita, kita bukan sahaja perlukan skincare kulit luaran tetapi kita perlu juga
cantikkan dari dalam dengan mengambil vitamin kulit dari dalam.
Jadi, untuk entry kali
ni mama nak kongsikan apakah vitamin dan nutrisi yang diperlukan untuk kulit
wajah kekal sihat, kelihatan cantik dan berseri.
Sebenarnya ada banyak
jenis vitamin untuk kulit antaranya Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E,
Vitamin F dan Vitamin K. Kesemua ini sangat bagus untuk kesihatan kulit yang
lebih baik. Tetapi dalam entry kali ini mama nak kongsikan beberapa jenis
vitamin. Jom baca dibawah.
Vitamin untuk kulit
lebih cantik
1. Vitamin C bukan setakat tingkatkan imun badan
Selain daripada
berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh badan kita, vitamin C juga
menggalakkan penghasilan kolagen untuk kulit kita. Vitamin C mengurangkan
kedutan kulit, mempercepatkan penyembuhan luka.
Vitamin C juga
bersifat antioksidan, melindungi sel-sel kulit daripada serangan radikal bebas.
Radikal bebas boleh mengakibatkan keradangan pada kulit wajah. Dengan
pengambilan vitamin C, kulit wajah terlindung daripada kerosakan sel-sel dan
menurunkan risiko kanser kulit.
2. Protein membina sel
kulit
Protein merupakan blok
binaan asas bagi sel. Semua organ dalam badan kita terdiri daripada sel
termasuklah kulit. Jadi penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit wajah bermula
dengan melengkapkan keperluan nutrisi untuk sel.
Cukupkan keperluan
protein dalam pemakanan harian kita. Protein yang cukup akan menggalakkan
pembaharuan sel untuk membina kulit wajah yang lebih sihat dan cantik.
3. Niacinamide (Vitamin
B3) vitamin kulit penting
Niacinamide ialah
vitamin B3 yang terkandung dalam beberapa jenis makanan seperti ayam, salmon,
sayuran hijau dan termasuklah soya. Niacinamide sangat diperlukan oleh kulit
wajah.
Dengan niacinamide,
kulit wajah akan lebih cerah, memperbaiki tekstur kulit, memudarkan parut,
bintik hitam dan jeragat. Kehadiran vitamin B3 ni juga membantu mengawal
pengeluaran minyak pada kulit wajah dan mengekalkan kelembapan kulit wajah.
Vitamin C, Vitamin B3
(niacinamide) dan juga protein merupakan keperluan harian kita. Tinggal kita
nak pastikan yang kita dapat secukupnya vitamin dan nutrisi ni untuk kulit
wajah yang cantik, berseri dan sihat.
Sebab tu Shaklee
wujudkan Set Rahmah. Set Rahmah Shaklee ada 2 produk yang membekalkan pada kita
vitamin dan nutrisi yang diperlukan untuk kulit. 2 produk dalam Set Rahmah
Shaklee ni, lengkap dengan vitamin C, vitamin B3 dan protein.
1. Sustained Release
Vita-C Plus
Sr Vita-C Plus dikenali
sebagai asid askorbid yang memainkan peranan besar dalam fungsi serta
penyelenggaraan tubuh, terutamanya kulit. Seperti kenyataan diatas, Vitamin C
merupakan vitamin untuk kulit yang mempunyai kebaikan untuk :
✔Kulit semakin berseri
✔Kulit makin cerah
✔Memudarkan parut
jerawat
✔Mengurangkan lebihan
minyak pada permukaan kulit
✔Membantu penghasilan
kolagen
2. Energizing Soy
Protein (ESP)
ESP ini lengkap dengan
protein yang mempunyai Vitamin B3 dan ia mengandungi 9 asid amino. Salah satu
asid amino adalah Threonine. Threonine ini adalah asid amino yang diperlukan
untuk menghasilkan asid amino yang lain bagi membantu penghasilan kolagen. Ini
antara kelebihan ESP dari Shaklee.
✔Menguatkan lapisan
luar kulit agar tidak kering dengan mengekalkan kelembapan kulit
✔Mempercepatkan proses
penyembuhan sel kulit jadi parut jerawat mudah hilang
✔Mencantikkan rambut
dan kuku
✔Menghaluskan dan
mencerahkan kulit
Ramai yang share dapat
kulit yang lebih sihat selepas konsisten ambil Set Rahmah ini. Ada yang kulit
breakout dah lama dan tak tahu vitamin kulit yang baik untuk mereka amalkan,
tetapi selepas cuba SR Vit-C Plus dan ESP, alhamdulillah kulit mereka mendapat
perubahan positif.
Yang bestnya sekarang
Shaklee memberi kelebihan kepada korang untuk dapatkan vitamin kulit cantik dengan
harga rahmah dengan pakej Set Rahmah ini. Ikutkan harga ahli untuk ESP adalah
RM139 dan SR Vit-C Plus sebotol RM92. Tetapi Shaklee datangkan set rahmah ini
hanya RM99 untuk kedua dua item! Memang berbaloi dan jimat untuk rebut peluang
ini. Sempat lagi nak cantik cantikkan kulit korang untuk raya tahun ini kan.
Klik Gambar Untuk Order
Nak tahu lebih lanjut
berkenaan Set Rahmah ini boleh hubungi mama untuk
konsultasi lanjut di
013 2515769 . Mama akan bantu cadangkan yang terbaik bersesuaian dengan masalah kulit
korang.
Fatin Hamdan
FB : Fatin Hamdann
IG : fatin.hamdann_
Email : fatinzulaikahamdan@gmail.com
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
4 Comments
Alhamdulillah mama fatin pun mesti cantik orgnya .. bnyk betul vitamin kulit dr mknan seharian pun ada
ReplyDeleteWow bestnya ada promo murah banyakkk vitamin c , bagus untuk kulit ni !!
ReplyDeletewah.. bestnya promo shaklee 😍
ReplyDeletedah 5 tahun saya makan vitamin c ni kulit sy makin sehat, cantek, cerah dan awet muda..
ReplyDelete