3 Kesan buruk Intermittent Fasting yang Ramai Tak Tahu

Intermittent Fasting (IF) merupakan kaedah diet yang popular. Dah ramai yang amalkan teknik diet ini, dan berhasil turunkan berat badan. Suami mama merupakan salah seorang yang berjaya turunkan 15 kg dengan cara tersebut. Boleh baca disini kisah turunkan berat badan. Tapi, ada juga yang tak berjaya kurus. Tak kurang juga yang terjejas kesihatan disebabkannya.


Kesan buruk Intermittent Fasting

Sebenarnya, cara diet jenis IF ni ada keburukan yang ramai tak tahu. Betul. Setiap benda yang ada kebaikan, mesti ada keburukannya. Tapi kalau kita tahu kesan yang tidak baik, dan jumpa cara untuk selesaikannya, diet cara ini yang kita buat akan lebih berhasil. Kat sini mama senaraikan 3 keburukan Intermittent Fasting.

1. Berpuasa melampaui batas kemampuan diri.

Kita biasa dengar, ada yang buat IF 12 jam berpuasa, ada juga yang berpuasa sampai 20 jam. Rupa-rupanya  ada yang berpuasa sehingga 72 jam, bersamaan dengan 3 hari. Boleh bayangkan tak 3 hari tanpa makanan. Mujur dalam intermittent fasting ni, boleh minum air walaupun berpuasa.

Kenapa sampai tahap tu sekali orang  diet? Bagi setiap jam kita berpuasa, ada tindak balas yang tertentu dalam badan kita. Contohnya, lemak mula terbakar pada jam ke 14 berpuasa. Pada jam ke 72 berpuasa, badan kita capai kemuncak proses Autophagy.

Untuk mudah faham, maksud Autophagy adalah “makan dengan sendiri” iaitu apabila sedang berpuasa, proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen sel untuk digunakan semula bagi menghasilkan tenaga. Pada saat ini, sistem badan kita seolah-olah di reset, segala toksin berbahaya disingkirkan, komponen sel yang rosak dikitar semula. Ia merawat dan memulihkan badan.


Sedangkan puasa yang dianjurkan dalam Islam, puasa wajib di bulan Ramadan, kita hanya berpuasa 13 hingga 15 jam bergantung kepada lokasi kita. Apa yang Allah dah aturkan buat manusia sudah pasti memenuhi keperluan dan fitrah manusia. Persoalannya, macam mana kita capai proses autophagy dalam keadaan kita tak bebankan diri berpuasa hingga 72 jam?

Baca tulisan mama sampai habis, nanti akan jumpa jawapannya.

2.  Kemuncak proses Autophagy, boleh mengakibatkan kemerosotan kolagen.

Lepas dah tau pasal Autophagy ni, rugi sangat kalau kita berpuasa, tak makan, tapi tak sampai ke kemuncak proses Autophagy. Jadi, kita akan ikhtiar dan usahakan agar puasa yang kita lakukan dapat berikan hasil yang optimum untuk kesihatan badan kita.

Katakan lah, kita dah berpuasa, dan badan kita dah sampai ke kemuncak proses Autophagy. Kita rasa masa ni, badan kita dah cukup sihat. Tiba-tiba ada orang cakap macam ni dekat kita, “Kenapa dah kurus tapi nampak sakit ja”. Mana taknya, badan dah kurus tapi muka nampak pucat lesi, hilang seri.

Rupa-rupanya, proses Autophagy boleh akibatkan kermerosotan penghasilan kolagen dalam badan kita. Kita sedia maklum, antara fungsi kolagen ialah menjadikan kulit wajah berseri. Tapi disebabkan oleh proses Autophagy, seri wajah kita hilang. Nak berpuasa boleh, tapi kena pastikan juga kolagen dalam badan kita sentiasa ada. Macam mana tu?



3. Intermittent Fasting boleh mengakibatkan kita kekurangan nutrisi.

Bila kita berpuasa, bermaksud kita kurang makan. Makanan pula merupakan antara sumber nutrisi untuk keperluan badan kita. Daripada makanan kita akan dapat pelbagai vitamin, mineral dan serat untuk keperluan sistem badan kita.

Jangan disebabkan kita terlalu taksub untuk kurus, berpuasa melampaui batas kemampuan diri kita sehingga 72 jam, yang akhirnya menyebabkan kemerosotan nutrisi dalam badan. Tak pasal-pasal kita jatuh sakit. Tak boleh nak jalani aktiviti seharian macam biasa.


Sebab itu lah kena sentiasa beringat. Walaupun kita berpuasa, nak dapatkan hasil defisit kalori dan nak kurus, keperluan nutrisi jangan diabaikan. Sediakan makanan tambahan. Di Shaklee kita ada suplemen terbaik untuk atasi masalah ini.

3 keburukan Intermittent Fasting di atas boleh di selesaikan dengan suplemen terbaik daripada Shaklee. Di sini mama senaraikan 3 suplemen dan set yang anda boleh cuba.

1. VIVIX dan Coq-Trol

Kedua-dua suplemen ini mengandungi bahan yang mengaktifkan proses Autophagy. VIVIX mengandungi Resveratrol. Manakal CoQ-Trol Plus pula mengandungi Coenzyme Q10 (CoQ10), antioxidant yang hebat. Ini bermakna kedua dua vitamin dalam Shaklee ini boleh menyokong proses Autophagy.




2. Collagen Plus Powder

Serbuk kolagen kategori Collagen Peptide yang berkualiti tinggi ni yang mana ia mudah diserap oleh badan. Diperkaya dengan vitamin C, vitamin B2 dan vitamin B6 untuk hasil yang lebih berkesan. Pengambilan supplement collagen dari Shaklee boleh menambah kolagen di dalam badan yang sudah rosak.


3. Set Kurus Shaklee

Set ni menghimpunkan produk seperti Cinch Shake, ESP, Lecithin, Omega Guard, Herb-lax. Nak tahu lebih lagi pasal set ni, boleh klik sini. Ia baik untuk menyokong anda untuk menjalani IF dengan menampung keperluan nutrisi, membakar lemak, membuang toksin dan lemak serta membina otot.


Macam yang mama sebut tadi, setiap benda yang ada kebaikan, mesti ada keburukan. Jangan sesekali melampaui batas. Nak buat Intermittent Fasting wajib ada ilmu. Buat ikut kemampuan diri, jangan sampai memudaratkan diri.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara diet IF ini boleh klik WHATSAPP ini kerana mama sendiri sedang terlibat dalam program turunkan berat badan cara Intermittent Fasting tanpa melibatkan kesan buruk tadi. InshaAllah.

Boleh juga baca :


Post a Comment

2 Comments

  1. Seramnya kalau kurus tapi nampak kulit kendur dan tak cantik kan? Baik juga kita amalkan puasa ya g di anjurkan nabi Muhammad Saw daripada IF yang banyak juga kesan buruknya. Terima kasih info sis.

    ReplyDelete
  2. tq dear share. buat ikut-ikutan memang scary juga. hehe

    ReplyDelete