3 Cara Suri Rumah Berbisnes Urus Masa

Jom baca 3 cara suri rumah berbisnes uruskan masa. 

Selalu kita dengar kan, suri rumah kalau nak berbisnes akan ada banyak cabaran. Ye la dah duduk rumah urus anak anak mestilah ada cabaran, Kadang kadang bila baru je nak pegang phone berbisnes, anak terus menangis nak menempek. Tak kurang juga dengan minta berdukung sana sini. Mana nak urus basuh baju, masak dan sebagainya. Senang cerita, suri rumah ni kerja tak pernah habis. Jadi mama rasa nak berkongsi tips cara suri rumah urus masa sambil berbisnes.


Rancang Aktiviti di Planner/ Kalendar.

Setiap suri rumah berbisnes wajib ada kalender dan planner. Sebelum tidur luangkan masa dalam 20minit untuk tulis aktiviti esok. Pastikan masa dan aktiviti yang dirancang sesuai dengan keselesaan kita tak perlu ikut orang lain. Mungkin kita selesa memasak pada pkul 10 pagi. Ada orang masak pukul 12 tengah hari. Selain itu, cuba selitkan sekurang kurang 2 hingga 3 jam aktiviti bisnes dalam jadual. Contoh sebelum masak, peruntukkan 1 jam untuk buka kedai secara online dan masuk group whatsapp bisnes dengan team untu, update flow hari berkenaan. Selepas zohor boleh je peruntukkan 1 jam lagi untuk follow up customer atau siapkan video. 


Uruskan anak sebelum buat kerja lain.

Pastikan anak-anak yang belum bersekolah dah mandi, makan, menyusu dan spend masa main dengan anak. Bila anak tidur baru sambung buat kerja rumah dan bisnes. Kalau anak kita lapar, dia akan merengek jadi tidur pun tak lena. So kita pun terganggu kan nak buat bisnes?  Selesaikan anak, inshaAllah urusan lain pun lancar! Kalau anak berekolah? Suri rumah berbisnes boleh iron baju sekolah anak siap siap sebelum tidur, prep dan sediakan bahan memasak untuk breakfast anak. Mujurlah suri rumah bisnes Shaklee shake ESP jek untuk diri sendiri sebagai breakfast. Lega satu hal kan ehehe.



Kalau anak meragam atau kacau kita, stress juga kan? Kerja tak jadi, kita pon bertukar jadi Singa. Tapi kadang, mama mmg buat bisnes sambil dodoikan anak tidur pun. Sebab anak mama jenis tak boleh tinggal..Heeee 

Siapkan tugasan on time.

Disiplin diri yang tinggi perlu ada pada setiap work at home mother. Jangan mudah beralasan tak boleh siap kerja sebab anak meragam. Please jangan jadikan anak sebagai punca anda tidak dapat sales ribu-ribu macam orang lain.

Patuhi jadual yang kita rancang dalam planner dan kalendar. Sikap bertangguh-tangguh akan merugikan kita.Adjust jadual kalau perlu mengikut kesesuaian dan boleh rewardkan diri selepas tugasan selesai.

Paling penting, suri rumah yang berbisnes perlu lakukan pengorbanan yang lebih besar. Disaat orang lain mungkin boleh tidur siang tetapi tidak mereka. Kerana setiap saat sangat bernilai dan kena adjust dengan aktiviti yang boleh membantu growth diri. Apapun, mama doakan semoga urusan semua suri rumah yang menjalankan bisnes dimudahkan urusan! Masa milik Allah, minta dengan Allah untuk berkati masa kita okay.

Mama Fatin
Master Coordinator Shaklee

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#projekblogmega

Post a Comment

0 Comments