Kepentingan Vitamin C Shaklee

Saya rasa semua orang sedia maklum dan selalu dengan tentang pentingnya Vitamin C untuk tubuh badan manusia tidak kira peringkat umur. Ini kerana Vitamin C adalah sejenis vitamin larut dalam air (water soluble) yang tidak disimpan di dalam tubuh badan dan cepat diproses penggunaannya. Ini bermaksud, kandungan Vitamin C akan sentiasa berkurangan di dalam badan dan perlu ditambah setiap hari memandangkan badan kita tak boleh menghasilkan Vitamin C. Kita boleh dapat kandungan Vitamin C ini  sama ada daripada pemakanan seharian ataupun supplement.




Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel-sel kita. Selain sangat terkenal akan fungsinya dalam menyokong sistem imun sihat, Vitamin C juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan berupaya membantu melawan radikal bebas, menyokong proses penuaan yang sihat dan menyokong penyembuhan penyakit. Jadi anda nampak kan bahawa pentingnya Vitamin C untuk tubuh badan kita. Jom kita tengok kepentingan Vitamin C Shaklee.

6 Kepentingan Vitamin C Shaklee 

1. Kesihatan Imun dan Sistem Saraf

Salah satu fungsi terpenting yang diberikan oleh Vitamin C adalah untuk menyokong sistem imun dan saraf kita. Tubuh mereka yang mempunyai keperluan Vitamin C yang mencukupi, mampu mencegah jangkitan berbanding mereka dengan kekurangan Vitamin V. 

Tahukah anda Vitamin C Shaklee mempunyai kandungan 500mg yang bersamaan dengan 7.5 buah oren yang bernilai lebih kurang RM13.50? Sebiji Vitamin C Shaklee juga bersamaan dengan 119 lobak merah yang berharga RM71.40? Bayangkan sebiji Vitamin C Shaklee cuma bernilai RM0.64 sahaja sebiji. Mana lebih menguntungkan?

2. Kulit Berseri dan Tanpa Cela

Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam struktur badan kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, tompok tompok hitam dan pigmentasi daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga mampu membantu menjadikan warna tona kulit lebih baik dan sekata.

3. Meningkatkan Penyembuhan

Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka di badan kita, membaiki dan mengekalkan tulang rawan yang sihat, tulang, gigi dan kulit. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin C dikaitkan dengan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan proses penyembuhan luka mengambil masa yang lebih lama. Orang yang mengalami kekurangan Vitamin C yang teruk mungkin mengalami keadaan mudah sakit gigi, gusi berdarah, tulang tidak kuat dan ulser di dalam mulut.

4. Menyokong Penyerapan Zat Besi

Pengambilan Vitamin C baik untuk meningkatkan penyerapan zat besi, mineral penting untuk pembentukan sel sel darah merah dan haemoglobin. Oleh itu terutamanya ibu hamil sangat digalakkan ambil Vitamin c bersama Zat Besi agar kandungan zat besi itu dapat diserap dengan baik di dalam badan.

5. Pelepasan Berperingkat

Anda kena tahu bahawa kandungan Vitamin C hanya boleh diserap di dalam badan sebanyak 100mg dalam tempoh 1 jam. Jadi sekiranya Vitamin C yang anda ambil itu tidak dihasilkan dengan menggunakan kaedah teknologi pelepasan berperingkat makan kandungan vitamin tersebut lebih dari 100mg dan tidak akan diserap di dalam badan, tetapi ia akan keluar melalui air kencing dan menjadi satu pembaziran! Rugi kan?

Sebaliknya, Vitamin C Shaklee menggunakan kaedah teknologi pelepasan berperingkat sebab itulah ia dipanggil sebagai Shaklee Sustained Release Vita-C Plus. Dengan sistem pelepasan berperingkat ini, Vitamin C daripada tablet dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam badan dalam tempoh beberapa jam. Ini penting bagi memastikan Vitamin C dibekalkan secara berterusan ke dalam badan anda kerana ia tidak boleh disimpan dalam badan.

6. Sesuai Untuk Pesakit Gastrik

Vitamin C Shaklee dihasilkan  daripada ekstrak jagung bagi mengelakkan pedih pada perut dan ia lembut pada perut. Ini sangat sesuai untuk penghidap gastrik. Bagi melengkapkan fungsi Vitamin C ini, Shaklee turut masukkan kandungan Citrus Bioflavonoids.

Korang kena tahu juga kandungan Vitamin C Shaklee ini boleh mengurangkan keradangan dan merendahkan risiko mendapat penyakit kronik. Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza sama ada mahu kekal sihat atau mahu membantu merawat penyakit. Yang pasti, ambillah ikut keperluan badan 500mg-1000mg dan minum air mencukupi.

Jadi untuk anda yang nak cuba Vitamin C Shaklee boleh hubungi saya di 013-2515769 !

Post a Comment

0 Comments