Set mengandung Shaklee lengkap bersama Embun

Hai kawan kawan, dalam entry yang lepas mama ada kongsikan keperluan untuk ibu mengandung. Kali ini mama nak share berkenaan nutrisi yang penting untuk wanita mengandung. Seorang wanita yang mengandung sememangnya memerlukan nutrisi yang lengkap untuk memenuhi keperluan diri serti bayi dalam kandungan. Sekiranya nutrisi tidak cukup dan lengkap, apa apa sahaja risiko boleh berlaku. Jadi untuk elakkan risiko kesihatan terjejas, adalah lebih bagus untuk si ibu ambil tahu dan menjaga pemakanan seharian. 




Waktu mengandung ini sebenarnya macam macam boleh terjadi berikutan perubahan hormon. Si ibu mengalami alahan dan tak berselera makanan yang sihat boleh menyebabkan kepelbagaian penyakit seperti tak cukup darah merah (HB LOW), mungkin juga ibu menghadapi gula tinggi (GDM), darah tinggi dan sebagainya. Sebab itulah ibu ibu disarankan ambil vitamin seperti Obimin. Tetapi cukupkah?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, vitamin wanita mengandung diperlukan untuk kesihatan kedua dua pihak dan antara keperluan vitamin tersebut adalah seperti berikut :

1. Asid Folik
2. Kalsium
3. Zat Besi
4. Iodin
5. Zink
6. Vitamin C
7. Omega 3



Jom kita tengok apa yang Shaklee boleh tawarkan :

1. Asid Folik - B Complex with Folic Acid
2. Kalsium - OsteNutrix
3. Zat Besi - Vitalize
4. Iodin - Vitalize
5. Zink - Vitalize & Zinc PLus
6. Vitamin C - Vita C Sr Plus
7. Omega 3 - Omega Guard

Berita baik untuk kawan kawan semua, terkini Shaklee keluarkan set lengkap untuk wanita mengandung baik dari segi dalaman dan luaran. Shaklee bukan sekadar menawarkan kepada wanita mengandung untuk dapatkan vitamin yang memenuhi nutrisi si ibu dan anak bahkan juga tambahan produk berasaskan tumbuh tumbuhan untuk luaran ibu iaitu minyak urut khas daripada Tanamera!

Set Mengandung Wanita Lengkap Dengan Vitamin dan Minyak Urut !

Sebenarnya Shaklee bekerjasama dengan Tanamera dan meluluskan kerjasama tersebut selepas 2 tahun kerana mengambil kira banyak aspek terutama keselamatan pengguna Shaklee. Selepas kajian klinikal memuaskan hati barulah kerjasama ini terbentuk.

Pakej ini dinamakan sebagai EMBUN. Embun ini sangat memudahkan ibu ibu mengandung kerana korang tak perlu susah susah lagi nak beli produk berasingkan kerana dengan Shaklee korang boleh terus dapat keperluan wanita mengandung yang lengkap. Jom kita tengok apa yang ada dalam pakej Embun ini. 






1. Protein

Protein merupakan nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Ia membentuk perkembangan organ, tisu dan otot janin. Bahkan tulang tulang bayi juga dibentuk dengan protein. Selain itu, protein soya dari Shaklee sangat membantu menguatkan rahim ibu mengandung. 

Ada ibu yang alami keguguran rambut semasa mengandung, jadi protein soya sangat bagus untuk menggalakkan kesihatan rambut, kuku dan kulit. Ia juga boleh membekalkan tenaga untuk ibu mengandung. Ibu ibu mengandung kadangkala mengalami bacaan gula yang tinggi dalam darah, jadi protein soya Shaklee berfungsi untuk mengawal gula dalam darah!




2. Multivitamin dan Zat Besi

Seorang wanita mengandung perlu mengambil multivitamin kerana ia lengkap dengan semua keperluan nutrisi badan manusia. Antara kebaikan multivitamin adalah ia bukan sekadar menyediakan nutrien untuk ibu yang mana ibu perlu banyak salurkan pada bayi, tetapi juga ia boleh mencegah penyakit Anaemia. Ia mengandungi zat besi yang membentuk sel darah merah. Sel darah merah inilah penting dalam penghasilan sel darah merah pada janin. Semakin banyak penghantaran sel darah merah kepada janin maka semakin banyak oksigen disalurkan kepada bayi anda!



3. Kalsium

Wanita mengandung selalu kena simpul biawak kan. Sebenarnya badan kita yang tak cukup kalsium memang akan selalu kekejangan otot. Kalsium bukan sekadar untuk kebaikan tulang semata mata tetapi juga ia untuk perkembangan gigi bayi yang sihat. Ia juga melindungi ibu mengandung daripada kehilangan ketumpatan tulang semasa kehamilan dan penyusuan.


4. Vitamin B

Dalam Shaklee, vitamin B Complex lengkap dengan Asid Folik. Ia mengurangkan risiko kecacatan kelahiran pada otak dan tulang belakang janin. Ia boleh mengurangkan risiko Anaemia dan meredakan mabuk hamil atau alahan. 

Vitamin B boleh mengurangkan risiko keguguran pada peringkat awal kehamilan dan bagus juga diambil selepas bersalin kerana mampu mengurangkan kemurungan selepas bersalin. 


5. Smooth Tummy Oil

Wanita mengandung dan strechmark tak dapat dipisahkan, jadi Shaklee mengeluarkan minyak khas untuk wanita mengandung gunakan bagi mengurangkan strechmark pada perut. Ia lengkap dengan bahan aktif seperti Minyak Kelapa Dara, Halia Bentong dan Sugarcane Squalane.

Bahan bahan ini berupaya untuk mengurangkan kedutan pada kulit, mengurangkan pembentukan selulit  dan melancarkan peredaran darah. Ia berfungsi menghasilkan kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit.

Minyak ini sesuai untuk semua orang sebenarnya, tak kisah anda sedang mengandung atau tidak. Bahkan nak buat urutan muka juga sangat digalakkan!





6. Relaxing Magnesium Gel

Nak rasa tenang dan damai bila mengandung? Rasa penat dan sakit sakit badan bila banyak berjalan? Apa kata sebelum tidur, sapu dulu Relaxing Magnesium Gel ini pada tubuh badan anda. Kandungan Lavendar Oil, Halia Bentong dan Oak Gall ini sangat baik untuk memberikan ketenangan pada saraf badan sekaligus boleh memberikan tidur yang lebih nyenyak pada wanita mengandung. Ye lah, selalunya wanita mengandung tidur mudah terganggung dan tak selesa berikutan perubahan pada fizikal tubuh badan.

Ia juga mampu mengurangkan masalah kekejangan otot seperti lenguh lenguh kaki dan mengurangkan tahap tekanan si ibu. Oh ya, selepas bersalin pun boleh mengurut menggunakan minyak ini! Jimat kan.





Jom dapatkan set mengandung Shaklee yang lengkap ini kerana sekarang anda boleh dapatkan banyak barangan PERCUMA antaranya Beg D'Daun , keahlian percuma dan penghantaran percuma!

Semua item seperti di dalam gambar dibawah anda akan perolehi sekiranya dapatkan limited edition package ini dengan saya sekarang. Klik gambar untuk maklumat lanjut.






Post a Comment

0 Comments