6 checklist keperluan ibu mengandung

Mengetahui bahawa diri kita hamil adalah saat yang amat menggembirakan bagi semua wanita di muka bumi ini kan? Kegembiraan ini termasuklah untuk suami, keluarga dan kenalan. Walau bagaimanapun, seseorang wanita mungkin mempunyai pengalaman dan masalah yang berbeza dengan wanita lain semasa hamil. Jadi pelbagai persoalan yang mungkin bermain difikiran anda saat ini terutama untuk wanita yang kali pertama hamil. Persoalan yang timbul mungkin mengenai cara atasi alahan, apa perlu buat sebaik sahaja tahu bahawa diri anda hamil dan sebagainya lagi. 



Korang kena tahu tau bila kita dah hamil akan berlaku beberapa perubahan pada diri sendiri antaranya warna pada sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap, timbul garisan tegak berwarna gelap pada perut yang dikenali sebagai linea nigra dan kulit kelihatan lebih gelap, jerawat dan rambut kelihatan lebat. Perubahan ini tidak berbahaya dan akan hilang selepas bersalin kelak cuma ibu ibu boleh buat persediaan penjagaan lebih awal untuk mengelakkan ketidakselesaan.

Dalam entry kali ini istimewa sikit sebab saya baru sahaja dapat pelanggan Shaklee yang beli set hamil. Jadi saya rasa teruja nak share dengan kawan kawan semua berkenaan keperluan ibu mengandung. Ops ! Nanti dulu bestie, entry kali ini bukan nak cakap pasal set hamil je tau tapi ada 6 keperluan penting untuk ibu mengandung ambil tahu

6 Checklist Keperluan Ibu Mengandung

1. Pakaian

Ibu ibu yang baru hamil semestinya akan mengalami perubahan pada bentuk badan. Oleh itu, pilihlah pakaian yang sesuai dan selesa dengan setiap perubahan yang dialami. Pilih pakaian yang longgar dan menutup aurat dengan baik. Elakkan pakai pakaian yang ketat kerana ia boleh menunjukkan aurat perut ibu mengandung. Big No ya! Ibu ibu boleh beli seluar khas mengandung atau palazo yang lebuh besar dari saiz kebiasaan dipakai. Ibu ibu juga boleh beli blouse yang besar atau baju mengandung. Saya dulu pakai jubah je, besar dan selesa. 



Oh ya, selain pakaian harian, ibu ibu perlu juga pilih pakaian dalam yang selesa. Elakkan pakai pakaian dalam yang ketat kerana boleh menyakitkan. Pilih saiz yang lebih besar kerana anda akan gunakan sehingga di akhir mengandung.

2. Kebersihan diri

Ibu ibu yang mengandung perlu jaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkita terhadap ibu dan bayi dalam kandungan, khususnya kebersihan di bahagian sulit. Cadangan saya, pakai pantyliner dan tukar setiap 4 jam sekali untuk mengekalkan kebersihan terjaga. Selain itu, elakkan penggunaan pencuci wanita kerana risau tidak sesuai dengan bahagian alat sulit ibu ibu rentetan perubahan hormon badan. Apapun ia berbeza mengikut badan masing masing, ibu ibu boleh cuba dan adjust.

3. Penjagaan emosi

Emosi seorang ibu hamil sangat perlu dijaga. Ibu ibu boleh banyakkan membaca untuk memastikan sentiasa berada dalam  mood positive . Cadangannya, ibu boleh baca mengenai persediaan bersalin dan berpantang. 



Ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan emosi ibu terjejas, kerana apabila emosi terjejas ia boleh menjejaskan kesihatan diri ibu dan bayi dalam kandungan. Fikiran yang bercelaru dan stress mungkin boleh menyebabkan darah tinggi kepada ibu dan bayi stress.

4. Penjagaan kebersihan mulut

Gunakan flos gigi dan berus gigi sehingga bersih setiap hari selepas makan dan sebelum tidur. Ibu boleh pilih berus gigi yang lembut dan ubat gigi yang mengandungi florida. Tips penting ialah elakkan berus gigi sebaik sahaja muntah, bersihkan mulut dengan berkumur. Tunggu sekurang kurangnya 30 minit sebelum berus gigi.

Ibu ibu yang mengandung digalakkan membuat lawatan awal ke klnik pergigian untuk mengatasi sebarang masalah gigi. Kebersihan mulut yang tidak dijaga semasa mengandung akan meningkatkan lagi risiko masalah gusi dan karies gigi. Risiko mendapat penyakit pergigian meningkat semasa hamil kerana ibu mengalami :

  • Perubahan hormon menyebabkan gusi lebih terdedah kepada jangkitan dan kadangkala mulut menjadi kering.
  • Alahan dan kerap muntah mengakibatkan gigi terdedah kepada asid perut yang mungkin menyebabkan  gigi terhakis dan haus.
  • Perubahan cara pemakanan akibat alahan sering kali meningkatkan kekerapan pengambilan makanan.

5. Rehat

Ibu mengandung perlu mendapat rehat yang cukup sebaik mungkin. Ini adalah untuk mengekalkan tahap kesihatan ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan. Apabila kurang rehat mungkin oleh menyebabkan ibu mudah pitam, pening pening, kurang darah dan HB turun. 

6. Ubat dan vitamin tambahan

Ibu ibu kena tahu dan alert berkenaan ubat ubatan sebab tak semua ubat ibu mengandung boleh ambil. Ibu perlu mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat. Adalah sangat bagus sekiranya ibu ambil vitamin tambahan iaitu Folic Acid, Zat Besi, Vitamin C, B Complex, Kalsium dan Omega. 




Vitamin vitamin ini sangat bagus untuk melengkapkan keperluan ibu dan bayi dalam kandungan sebab bila kita mengandung, kita berkongsi nutrisi dengan bayi. Jangan risau, next entry saya akan kongsikan dengan ibu ibu mengenai set lengkap ibu hamil, 

Ibu ibu sekiranya nak baca persediaan lain lagi untuk ibu mengandung boleh baca di keperluan ibu mengandung ini okay.

Post a Comment

0 Comments