Reward Percutian Shaklee Yang COMPLETE!

Tengok tajuk pun dah semacam kan? Apa yang complete? Apa yang best sangat tu? 


Shaklee menawarkan percutian secara percuma kepada semua SID yang berdaftar dengan mereka, dan setiap percutian ini bukan hanya melibatkan hotel dan makan sahaja tetapi termasuklah hotel yang mewah, makanan yang halal dan sedap sebanyak 3x sehari (ada penerangan lanjut), duit poket yang menggantikan makan sekiranya tidak dapat disediakan, pengangkutan sepanjang travel, dan banyak lagi yang bakal anda baca sehingga habis dan anda akan mengatakan, inilah percutian yang COMPLETE!

Sebenarnya percutian Shaklee ada setiap tahun dan terbahagi kepada dua jenis :

1) Regional Trip
Trip percutian dikawasan negera negara ASEAN dan melibatkan sekitar 4-5 hari, 3-4 malam.

2) International Trip
Percutian ini sekitar 9 hari 7 malam dan terbahagi kepada dua iaitu samada UMRAH (muslim sahaja) dan mana mana negara selain Malaysia.

Untuk kedua dua percutian Shaklee ini ada kelayakan yang harus kita penuhkan iaitu :

1) Bagi Regional Trip memerlukan point sebanyak 570cp
2) Bagi International Trip memerlukan point sebanyak 1150cp

Semakin banyak anda kumpul point maka semakin banyak kebarangkalian anda perolehi tiket tiket untuk trip Shaklee. Anda juga boleh bawa pasangan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja bersama anda, Bahkan anda juga boleh sahaja menggantikan tempat anda untuk ke trip ini sekiranya anda tidak dapat turut serta.

Pada tahun lalu, Alhamdulillah saya berjaya peroleh tiket ke Switzerland dan Korea. Namun begitu, saya tidak ke Switzerland, saya menukar tiket saya ke Umrah. Tetapi inshaALLAH pada Oktober nanti, saya hadiahkan tiket Korea kepada suami saya!




Oh ya jom saya imbas kembali sedikit sebanyak memori best untuk qualifier yang ke Switzerland tempoh lalu!

Qualifier bergerak ke Switzerland pada 31 Oktober 2022 dengan 3 flight berasingan iaitu Qatar, Emirates dan Turkish Airlines. Mereka menginap di 2 buah hotel mewah iaitu Hotel Burgenstock dan Beau Rivage Palace.



Setiap bilik Shaklee hanya tempatkan 2 orang sahaja, tidak lebih! Ini untuk keselesaan semua qualifier. 

Oh ya, Shaklee juga bawa ke puncak Jungfrau dan Glacier 3000. Di sana boleh sentuh dan bermain dengan snow. Tak lupa juga, sangat special kerana Shaklee mengadakan dinner di Olympic Museum Switzerland. Ini tak termasuk lagi cerita makan di atas awan, ke kilang coklat dan kilang cheese!


Selain dari dapat hand carry secara percuma, Shaklee juga turut menyediakan meal allowance sebagai ganti kepada makanan yang tidak dapat disedikan kerana tidak ada makanan halal di kawasan tersebut. Tetapi sebenarnya sekiranya ada makanan halal maka setiap qualifier akan disajikan makanan sebanyak 3 kali sehari atau lebih!




Bestkan percutian Shaklee. Sebab tu lah saya katakan ia percutian yang complete. Kita tak perlu susah susah fikirkan keadaan dan aktiviti percutian kerana dari A sampai Z semuanya diselesaikan oleh pihak syarikat! Tak lama lagi qualifier ke USA pun akan berangkat. Tak sabarnya nak tengok update!

Anda berminat nak dapatkan percutian percuma ini? Apa kata mulakan bisnes Shaklee anda hari ini dan mungkin rezeki anda dapat join trip Shaklee tahun hadapan kan.

Post a Comment

0 Comments