3 Tips Travel Dengan Best

Siapa je tak nak travel dengan best kan? Mestilah semua orang nak ada percutian yang menarik dan mahu rakamkan kenangan dan memori yang indah indah. Dalam pada itu sebenarnya ramai juga yang terlepas pandang beberapa hal penting yang mana ia akan memberikan kesan kepada 'mood' ketika travel.



Kali ini saya taknak share tip berkenaan cara pilih hotel, baju apa nak bawa dan cara pilih destinasi kerana saya percaya anda dah cukup bijak untuk menentukan dan membuat keputusan tersebut kan? Kalau belum pasti lagi berkenaan hal tersebut, saya cadangkan untuk anda baca tips travel ini. Namun saya akan kongsikan 3 tips yang barangkali anda terlupa dan terlepas pandang. Jom tengok 3 tips berkenaan.

3 TIPS YANG ANDA PATUT AMBIL BERAT

1. Bekas khas simpan wayar dan charger

Jangan lupa sediakan beg kecil yang khas untuk anda simpan semua wayar wayar penting dan charger telefon. Anda juga boleh simpan earphone anda dalam bekas kecil ini untuk lebih kemas dan memastikan ia tidak hilang. Ini akan memudahkan anda mengambil dan mengemas kembali peralatan penting supaya tersusun elok di dalam bagasi atau backpack anda ketika travel! 

Anda boleh dapatkan di kedai kedai seperti Mr. Diy, Shoppee, Tiktok atau Kedai Gadget. Selain ia nampak lebih kemas, ia juga kalis air.


2. Lekat sticker FRAGILE 

Tips menarik ini ramai tak tahu! Kalau anda naik kapal terbang, dan nak lebih pantas berbanding orang lian, pastikan anda lekatkan sticker fragile di atas luggage anda. Ini kerana beg beg bagasi yang ada sticker fragile akan diletakkan di atas sekali, kemudian akan menjadi bagasi terawal untuk dibawa keluar ke bahagian tuntutan bagasi. 




Dengan sticker fragile ini juga, bagasi anda akan lebih dijaga rapi oleh staff yang mengangkat bagasi!

3. Bawa supplemet dan ubat dalam pillbox

Anda mungkin menganggap kalau sakit ketika travel boleh beli ubat atau pergi farmasi sahaja di kawasan percutian berkenaan. Tetapi bukankan sediakan payung sebelum hujan lebih baik lagi sekiranya anda berhadapan dengan situasi tersebut?



Beli pillbox dan masukkan semua keperluan penting seperti ubat demam, ubat selsema dan batuk. Bawa sekali Nutriferon untuk anak anda, Vita C dan Omega Guard Shaklee untuk membantu anda mendapatkan pertahanan badan yang lebih baik. Oh ya, kalau saya travel, saya akan bawa bersama Coqtrol untuk tenaga sepanjang hari serta Ostenutix supaya saya boleh hilangkan rasa lenguh dan sengal badan!


Macam mana dengan tips kali ini? Best ke menarik? Kalau anda nak baca lagi tips travel yang lain, boleh baca disini okay!


Post a Comment

0 Comments