Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat dan Berkesan

Ramai antara kita yang ada kesedaran untuk jaga kesihatan kulit wajah. Mama sendiri, akan pastikan kulit wajah dalam keadaan sihat. Bukan nak tunjuk kat orang pun, tapi semacam ada satu kepuasan bila kulit wajah kita dalam keadaan sihat, berseri.



Antara masalah kesihatan kulit yang sering disebut-sebut ialah jeragat. Jeragat ni apa sebenarnya?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Apakah punca jeragat?

Sebelum mama kongsikan apakah petua yang berkesan dan selamat untuk membantu menghilangkan jeragat, mama nak kongsikan dulu apakah punca munculnya jeragat pada kulit wajah. Antara punca jeragat ialah :

  • 1. Kulit wajah yang terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh masa yang agak lama. Sinaran matahari terdiri daripada Ultraviolet A (UV A) dan Ultraviolet B (UV B) yang mana kedua-duanya memberi kesan kepada kesihatan kulit.
  • 2. Perubahan hormon yang berlaku disebabkan oleh pengambilan ubat hormon juga boleh mengakibatkan jeragat pada kulit wajah.
  • 3. Penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya turut memberi kesan kepada kemunculan jeragat


Petua alami hilangkan jeragat

Ada pelbagai rawatan dan perubatan moden yang boleh kita cuba untuk selesaikan masalah jeragat ni. Cumanya, kita terpaksa keluarkan kos yang agak besar. Jadinya, ada beberapa petua yang telah diamalkan secara turun temurun dan terbukti berkesan menghilangkan jeragat.

Antara petua yang boleh kita amalkan :

  1. Sapukan kulit pisang berangan ke permukaan kulit wajah yang  berjeragat. Biarkan selama 5 minit dan kemudian bersihkan muka dengan air bersih.
  2. Rendamkan tisu dalam putih telur Kemudian, tekapkan tisu tersebut pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Selepas tu, buang tisu yang dah kering dan bersihkan muka.
  3. Gosokkan hampas kelapa diseluruh muka. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan petua ni lebih kerap. Bukan setakat mengurangkan jeragat, kulit muka  juga akan menjadi halus dan gebu.

Untuk lebih banyak lagi petua, anda boleh baca di SINI.

Kesihatan kulit wajah bermula dari dalam

Kadang-kadang kita terlepas pandang 1 perkara ni. Apa jua yang berkaitan dengan kesihatan diri kita, termasuklah kesihatan kesihatan kulit wajah sudah semestinya bermula daripada dalam. Maksudnya, apa yang kita makan turut mempengaruhi kesihatan kulit wajah.

Sebab itu lah, Shaklee ada set suplemen dan set penjagaan kulit wajah yang sudah terbukti selamat serta berkesan dalam membantu menghilangkan jeragat.

  • Vitamin E – Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari
  • YOUTH Age Defence Moisturiser – SPF50 – Melindungi sel kulit daripada sinaran matahari UV a dan UV B serta pencemaran
  • YOUTH Radiance C+E – Bersifat antioksidan dan melambatkan penuaan serta membantu memudarkan jeragat
  • YOUTH Activating Serum – Menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel






Mama kongsikan juga maklumbalas daripada mereka yang telah menggunakan Shaklee dan berjaya menyelesaikan masalah jeragat. 





Sekiranya anda berminat nak cuba mana mana item jeragat ni boleh klik whatsapp sini ya 013-2515769


Post a Comment

0 Comments