Multivitamin Shaklee Berwajah Baru


Suplemen multivitamin bukan lagi perkara asing dalam kalangan masyarakat kita hari ni. Buktinya, terlalu banyak syarikat pengeluar suplemen yang telah menghasilkan multivitamin. Kalau kita pergi ke farmasi, bermacam jenama yang ada di pasaran. Multivitamin ni apa sebenarnya? Kenapa multivitamin ni penting? Jom baca posting kali ni sampai habis?

Apakah multivitamin?

Multivitamin tu sendiri gabungan dua perkataan, multi dan vitamin. Multi bermaksud banyak, vitamin pula ialah nutrisi yang diperlukan oleh badan. Jadi, suplemen multivitamin merupakan gabungan rumusan tablet atau kapsul di mana ia mengandungi beberapa jenis vitamin di dalamnya.

Antara sebab kenapa terhasilnya multivitamin ialah untuk memenuhi dan melengkapi keperluan nutrisi, terutamanya mikronutrien. Jurang nutrisi atau isu ketidakcukupan pengambilan mikronutrien merupakan isu global, termasuklah rakyat Malaysia.

Buktinya, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan majoriti atau 94.9% orang dewasa di negara ini tidak mengambil jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan iaitu 5 hidangan setiap hari.

Apa yang boleh kita simpulkan, rakyat Malaysia majoritinya tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, seterusnya mengakibatkan berlakunya jurang nutrisi.

Bahayanya jurang nutrisi ni!

Mikronutrien hanya diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Namun demikian, kekurangan mikronutrien boleh mengakibatkan pelbagai penyakit serta meningkatkan risiko mendapat penyakit berjangkit. Antara gejala masalah kesihatan yang berpunca daripada kurangnya mikronutrien ialah :

  1.  Sakit tulang
  2.  Lenguh sendi
  3.  Keletihan
  4.  Mudah sesak nafas
  5.  Kuku rapuh
  6.  Rambut mudah gugur

Kita boleh cukupkan keperluan mikronutrien dan rapatkan jurang nutrisi dengan ubah gaya pemakanan ke arah yang lebih sihat dan seimbang. Cumanya, untuk ubah sesuatu yang sudah menjadi kelaziman dan kebiasaan manusia merupakan sesuatu yang hampir mustahil, bahkan memerlukan tempoh masa yang tertentu.

Jadi, dengan pengambilan multivitamin, yang diketahui mengandungi mikronutrien yang diperlukan oleh badan pada kadar yang selamat bakal menyelamatkan diri kita daripada masalah kesihatan yang berpunca daripada jurang nutrisi. Dengan pengambilan multivitamin, kita boleh bekalkan badan kita dengan lebih 20 mikronutrien yang penting.

Macam mana nak dapatkan multivitamin yang terbaik?

Macam yang mama pernah sebut sebelum ni, ada banyak jenama multivitamin di pasaran. Apa yang boleh mama cadangkan, pastikan multivitamin yang anda pilih terbukti berkesan dan selamat. Dihasilkan secara organik dan telah melalui pelbagai ujian kawalan kualiti.

Mama sendiri memilih multivitamin keluaran Shaklee. Vita-Lea, yang kini rumusan formulanya telah ditambah baik dan diperkenalkan sebagai Vita-Lize merupakan salah satu multivitamin pertama di dunia. Dicipta pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee, Dr Forest C Shaklee, kini lebih 100 tahun inovasi yang membawa kepada terhasilnya Vita-Lize.

Shaklee sendiri telah menjalankan lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja setiap tahun. Lebih daripada usd250 juta telah dibelanjakan oleh Shaklee dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal.

Di sini mama kongsikan kandungan dan kelebihan multivitamin Shaklee berwajah baru, Vita-Lize dengan rumusan formula yang ditambah baik.

  •           Setiap hidangan membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting
  •           2 tablet Vita-Lize membekalkan 600 mcg asid folik dan vitamin B
  •           Sistem penghantaran salutan mikro berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik

Ni pula senarai vitamin dan fungsi setiap vitamin yang ada dalam Vita-Lize :

  •           Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  •           Vitamin D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  •           Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  •           Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  •           Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
  •           Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  •           Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  •           Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  •           Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Boleh klik sini untuk baca lebih info tentang multivitamin Shaklee.

Post a Comment

0 Comments