RUPA-RUPANYA NI 9 SEBAB KENAPA KOMUNITI BISNES SHAKLEE SANGAT BEST!



Mama pernah buat bisnes dalam sistem ejen. Sistem ejen ni dia macam kembar dengan sistem Multi Level Marketing (MLM). Kalau anda sedang bust bisnes yang ada level dropship, ejen, stokis, master stokis atau istilah yang seumpama dengannya, anda sedang buat bisnes sistem ejen. MLM pun lebih kurang sama struktur dia.

Tapi entry kali ni, mama bukan nak cerita apa beza sistem ejen dengan MLM secara terperinci. Cuma mama nak bagitau yang mama pernah join bisnes sistem ejen sejak tahun 2015 hingga tahun 2020. Kemudiannya mama mulakan bisnes sistem MLM sejak tahun 2020 hingga sekarang.

Bisnes MLM yang mama pilih ialah Shaklee!

Ada ceritanya macam mana mama boleh ambil keputusan besar untuk berhenti bisnes lama dan mula daripada kosong dengan Shaklee. Cerita ni mama kongsikan di lain entry.

Pejam-celik, pejam-celik, dah nak masuk 4 tahun mama berada dalam komuniti bisnes Shaklee ni,dan mama sedar ada 9 sebab kenapa komuniti bisnes Shaklee sangat best dan buatkan mama kekal bersama komuniti ni. Sebab ke 9 yang paling best.

1. Perkongsian Ilmu Bisnes
Ketakutan ramai orang yang nak mulakan bisnes ialah sebab tak ada ilmu. Dalam komuniti bisnes Shaklee, perkongsian ilmu bisnes sangat meriah. Ilmu cara buat jualan, ilmu cara buat pemasaran, ilmu penggunaan media sosial, ilmu pengurusan kewangan. Semuanya ilmu yang terkini dan terhangat di pasaran. Paling penting, ilmu yang menjurus kepada niche bisnes.

2. Perkongsian Ilmu Kerohanian
Kami juga dibekalkan dengan ilmu kerohanian. Kita biasa dengar tentang ilmu dan amalan untuk menjemput rezeki. Sebenar-benarnya kita buat amalan kerohanian adalah untuk dapat redha daripada Pemilik dan Pengurnia Rezeki, nak baiki hubungan kita dengan Maha Pencipta. Insha Allah, rezeki daripada Allah sentiasa ada buat kita.

3. Perkongsian Ilmu Kesihatan
Bila kita buat bisnes produk kesihatan, suplemen kesihatan, semestinya akan ada ilmu tentang kesihatan. Ilmu kesihatan ni tidak semata-mata berkisar tentang produk, tapi juga berkaitan dengan gaya hidup seharian. Perkongsian daripada pakar tau, bukan calang-calang. Kita ada doktor perubatan, ahli farmasi, ahli nutrisi.

4. Bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah
Manusia takkan dapat lari daripada masalah. Sama ada kita biarkan masalah tu membengkak sampai jadi kanser atau kita selesaikan terus masalah itu hingga ke akar umbi. Kadang-kadang masalah tak memerlukan kepada penyelesaian tuntas, tapi kalau ada yang sanggup menjadi pendengar setia, bebanan masalah akan terasa ringan. Alhamdulillah, dalam komuniti bisnes Shaklee, kami ada upline yang sudi menjadi pendengar setia.

5. Sentiasa mencipta aura positif
Kita biasa dengar istilah "postive vibe". Aura positif ni takkan terhasil kalau kita bersendirian. Bila kita berjemaah dan berkumpulan, kita berkongsi kata-kata semangat, secara tak langsung kita dah cetuskan aura positif. Lagi seronok bila langsung tak ada perasaan dengki atas setiap kejayaan dan kebahagian. Ini lah apa yang mama dapat sepanjang berada dalam komuniti bisnes Shaklee.

6. Saling menyokong antara satu sama lain
Bila kita dikelilingi oleh orang yang positif, mereka ni sangat prihatin dengan keadaan sekeliling. Biasanya orang yang positif akan beri sokongan daripada sekecil-kecil perkara seperti ucapan tahniah dan ucapan terima kasih.

7. Dapat reward dan hadiah daripada Multi Level Upline
Di sebabkan kita ada Multi Level Upline, daripada pangkat mak, nenek sampai lah ke moyang, kita akan sentiasa diraikan oleh mereka atas setiap pencapaian kita. Kadang-kadang hadiah dan reward tu tak semestinya berupa barang, tapi ada juga ucapan penghargaan dan recognition daripada mereka.

8. Dapat bimbingan daripada Multi Level Upline
Dahsyatnya bisnes dengan komuniti bisnes Shaklee ni, kita akan ada Multi Level Upline dengan pengalaman yang sangar sarat dalam bisnes. Kita ada upline yang dah 30 tahun dengan bisnes Shaklee, dah 24 tahun dengan bisnes Shaklee, dah belasan tahun dengan bisnes Shaklee. Bimbingan daripada mereka merupakan butir mutiara yang berharga dan takkan dapat di tempat lain.

9. Komuniti ni tak biarkan kita terus hanyut.
Kita ni manusia biasa. Adakalanya kita ada perasaan down, rasa malas, rasa tak nak buat apa-apa. Tapi bila kita bersendirian, perasaan ni akan buat kita terus hanyut sampai kita temui jalan buntu. Berada dalam komuniti bisnes Shaklee buatkan mama cepat sedar, cepat bangun untuk terus berjuang. Kita ada upline yang sentiasa menegur kita, kita ada downline yang menaruh harapan pada kita.

Ni lah 9 sebab kenapa komuniti bisnes Shaklee sangat best bagi mama. Anda bayangkan, kalau anda juga berada dalam komuniti yang best macam ni, adakah anda akan kekal bertahan atau anda berhenti di pertengahan jalan? 

Nak jadi sebahagian daripada komuniti bisnes Shaklee? Kehadiran anda sangatlah dialu-alukan.

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


Post a Comment

0 Comments