KENAPA BUAT BLOG?


Mama baru join projek BLOGMEGASHAKLEE. Mama terdetik nak join projek ni sebab mama baru sedar sesuatu.

Rupa-rupanya, dalam keadaan hari ni orang ramai terarah kepada media sosial seperti Facebook, Instagram dan TIKTOK, GOOGLE tetap menjadi pilihan nombor 1 manusia di muka bumi untuk dapatkan maklumat dan informasi terkini.

Sebab tu wujud kata-kata,

"Tanya pakcik gugel"

"Belajar dengan ustaz gugel"

Dan kalau kita nak orang sedar kewujudan kita di GOOGLE, kita kena buat blog!

Dalam sesi projek BLOGMEGASHAKLEE, Master Salwa ada kongsikan beberapa fakta yang membuka mata mama untuk terus buat blog. Dan entry yang anda baca sekarang ni merupakan entry pertama mama lepas join projek BLOGMEGASHAKLEE.

Kat sini mama kongsikan beberapa fakta KENAPA MAMA BUAT BLOG?

1. 81.6% rakyat Malaysia gunakan internet untuk mencari maklumat.

2. Google.com menduduki tempat pertama sebagai website yang paling banyak dikunjungi oleh rakyat Malaysia.



Berdasarkan sesi bersama Master Salwa, untuk sebarkan kebaikan dan manfaat yang menyeluruh, kena pastikan kita wujud di GOOGLE. Nak wujud di GOOGLE, kena buat BLOG. Dan lagi best, nak pastikan apa yang kongsikan sampai kepada ramai orang, kena belajar teknik Search Engine Optimization (SEO).

Tentang SEO ni mama akan belajar lagi dalam sesi seterusnya BLOGMEGASHAKLEE.

Serius, seronok sangat perkongsian BLOGMEGASHAKLEE ni sebab kita diajar untuk buat blog daripada kosong, tak tahu langsung pasal blog. Hanya perlu buat tugasan yang diberikan, dan kita akan dibimbing berdasarkan tugasan yang kita buat.

Dan yang lebih buatkan mama teruja, insha Allah akan terus dapat hasil.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Post a Comment

1 Comments